Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 14 May 2014

XPDC GUNUNG BEREMBUN - CHEMERONG - LANSIR

Assalamualaikum Guys..

Oke Start, Firstly this is my first experience join panjat gunung dengan geng2 otai & racer2 semua.. gerun bebbbb.. Sebab last panjat gunung masa blaja2 kat poli about 2-3 years ago.. itu pon Gunung Datuk & Broga Hills. Nampak tak kelembapan otot2 telah kembali cergas bile nak mendaki balik ni..hohohoho:p (sebenarnya cari nahas sendirik je ni)

& This is my First Time join mendaki dengan geng BAT UTeM (Backpakers Adventure Team) XPDC Gunung Berembun, Terengganu...For your info, Gunung Berembun ni berketinggian  2077 meter (6817 kaki sumber google). Bole tak korang bayangkan beginner macam aku ni mencabar diri untuk mendaki.. tak boleh kan... aku pon tak rasa bole..huwaaaaa=p

Haaaaaa... ape yang bole aku cakap ialahhhh tercabut pungkok aku tinggal bawah.. APTB..XoXoXo

Perjalanan dari Melaka start jam 11 malam dalam 4-5 jam naik Van.. sampai di Hutan Lipur Chemerong kira-kira jam 4 pagi & sambung tido lagi sampai jam 6 pagi.. mandi, solat subuh & siap2.. After that breakfast mee Maggie cepat dimasak sedap ditelan..ahaaa:p

So, kalau korang nak siap2 semua peralatan, bole la guna gazebo yang disediakan, advise aku baju2 spare bile korang turun nanti boleh la simpan dalam kereta.. sebab masa aku pegi ni.. aku tak bawak satu pon baju spare.. so sangat2 sedehh.. almaklumla, first timer kan..

So, aku just nak bagi tau korang, kitorang tracking BCL ni for 3 days & 2 nights, huhuhuhu:p korang rasa ada masa lagi tak aku nak tukar fikiran? memang tak la kan.. tak penah lagi bermalam atas gunung.. macam2 ada dalam otak ni.. tapiii... meh aku perkenalkan rakan sesama XPDC aku ni :-
As follow :-

Dari Kiri; Aku la tu, Dija, Fatyn (3 gadis ni sorang je staf, lagi 2 org student), Anwar, Paan, Chong, Capex, Rudi & Omar yg tgh amekkan gambar...heeeh =) (6 lelaki ni 3 orang staf & 3 orang lagi ni student & ex-student kot tapi semua student ni aku tak penah kenal..tapi diorang mmg slalu hike same ngan geng BAT..hahahhahah:p)


Ha layan lagi hikingmate aku :-



Dan lagi :-



Takyah cite banyak la sebab tracking ni sangat2 tough sangat bagi aku antara sebabnya ialah :
1) Aku ni kan beginner lagi...so bende2 tracking ni aku tak beli pon ie bagpack, kasut, seluar tracking, bladder and so on and dll

2) Aku blur2 pasal gunung ni..sebab b4 aku pegi aku tak buat research pon..preparation aku hanyalah bukit broga yang tak bape tinggi sangat kalau nak bandingkan dengan gunung ni

3) Aku tak pernah pon bawak muatan berlebihan..yang aku penah bawak beg skola je naik gunung.. dalam tu ada roti gardenia ngan air sebotol jek.. paham tak paham takk

4) Aku tak kenal geng-geng ni melainkan kawan2 staf aku.. kira aku kamikaze je naik BCL ni, tapi Alhamdulillah sume geng-geng ni best n sangat2 membantu..appreaciate la kenal korang ni..

5) Lagi, bila petang BCL hujan.. so aku banyak kali jugak crampp sebab aku mmg terpaksa redah air hujan yang menuruni denai2 gunung tu.. so stress! grrr

6) Tracking-tracking tak sampai2.. tracking-tracking tak sampai2.. korang rasa aku bole bertahan ke ha?

7) Stamina aku mmg tahap overdie overdie..kihkihkih.. padan la muka, sape soh tak training..2,3 tapak aku langkah pastu aku benti... patutla lambat sampai..ermm, tapi takpe la sebab sampai..

8) Mental Brokedown jugak dalam hati (luaran aku nampak gagah sebab nak cover line) sebab nya :- student2 ni kan tangkas orangnya..laju je kedepan masing2... barulah aku tau diowang tu mmg kaki gunung so tak hairanlah kalau diorang tu laju, racer wea.. mane bole lawan..hoho

9) First time hiking, aku rasa mendaki gunung ni macam boring sebab jalan, jalan, jalan............ tak sampai.. then rasa macam nak turun balik pon ada..tapi sape nak layan aku ek?

10) Cukup la tu, korang pon jemu nak baca..gegegeee

Tapi, at last sampai jugak kat Lata Langsir (sebenarnya aku hiking mmg sampai Lata Langsir je, sebab teammate nak hiking santai-santai je) kihkihkih

Layanzzzz

Meh belanja gamba yg lame jadi pekasam niehh


At start semua orang mesti akan tersenyum kat Map ni.. sebab korang belum start perjalanan lagi.. rasakan semua! hahahah

Air Terjun Chemerong yang sangat-sangat-sangat-sangatlah superbb



Haha, lanje gambau satu~

Nice kan? tak terkata dari mulut ni.. dengarnya air terjun chemerong ni paling tinggi di Malaysia.. btol ke?


Sesudah itu, kita gerak ke Jeram Orkid, Pokok Seraya Besar & Kem Balak, solat dan makan disitu.. dan azabnya emmm..

Antara yang tak sempat nak kejar.heheheh
Air Jernih di Kem Balak, sempat aku rendam kaki dan ikan2 ni datang..
Taman Bonzai =)
Nak ceritakan bahawa perjalanan yg santai ni mmg santai abis sehinggakan makan masa around 7 jam =) dan elok2 jam 8 malam kami sampai di Lata Lansir dan terpaksa merempat tepi laluan orang sebab tempat yang kami book dengan Jabatan Perhutanan telah diambil orang lain.. ish ish ishhh

Sambung tengok gambar jela eahh

Chef paling sedap masakannya =) Rusdi~
Bangun pagi sume Lapar.. dapat nasi lemak, jemput-jemput amboii terliuqq lentoqq
& pagi ni aku terbangun lambat, so tak dapat nak tengok sunrise..so sadd

Lata Lansir Waterfall
Mandi manda ke kita???



Kolam macam Jakuzzi =) Wow wowww... lau ada orang mandi aku skodeng..ngeee
tolong2...nampak tangan je.. jgn risau.. mereka mengukur kedalaman jakuzzi ini..haha


Balik dari bermandi manda, ujan lebat mencurah2.. dan langsung tak nampak batu2 yang ada.. kami risau, khemah basah & kepala air~ Alhamdulillah petang tu hujan makin reda dan air makin surut~



Dan malam itu kami tidur dengan imannnn~ haha

Yeayy dapat tengok sunrise pada hari terakhir di sini~



Gambar2 tak gosok gigi
Dan bermulalah expedisi turun semula ke Tanah Air~

Taman Bonzai
Berdrama swasta Belajar Tengok Kompas, sampai skang aku tak tau tengok lagi...
Team lain yang sudi berphoto bersama kami2 di seraya Besar, sopan makk
Jambatan Ini~ tapi, kebanyakkan gambar kat sini bergegar~ sedeyyy
Dan Alhamdulillah~


Experience yang best lebih2 lagi dapat hiking mate yang sporting morting & makan pon ala-ala hotel 7* gitu kan.. layan tiruk air terjun, view yg mmg very2 nice, sun rise, sun set.. fuuhhhhhhh

Menu yg paling best ketika hiking : Nasi impit, sambal ikan bilis..mmg superbbb : Ayam & Ikan Keli masak lemak : Daging masak kari : Sayur kobis masak air : Lempeng : Nasi Lemak : Jemput-jemput : air Bandung : teh tarik : ohoooiiiii mmg berbaloi2 bawak muatan berlebihan nakkkk...

Mmg experience gillez & Havoc abis~ InsyaAllah ada kesempatan aku nak join trip for hiking sampai puncak berembun.. Semoga Dipermudahkan~

No comments:

Post a Comment